Pengkongsin sedikit bagaimana boleh terjual / membabitkan diri dalam dunia usahawan bantal ni. Bantal ni bukan la product pertama yang aku jual atau berniaga , sebelum itu memang pernah berniaga pelbagai barangan dan pernah membuka Butik Vendor di Taiping bersama partner , di sebabkan tiada ilmu dan sikap ego tinggi konon nya dah hebat boleh berniaga dan buka kedai , kerana sebelum itu berniaga di bazar hari raya dan mendapat jualan yang alhamdullilah sangat membangga bagi orang yang baru berjinak2 dalam pernigaan . Tapi di sebabkan sifat ego dan terasa diri hebat akhirnya kecundang di tengah jalan . Dari situ belajar sesuatu , jika tiada ilmu jangan sesekali cuba dengan syok sendiri , jadi mohon pertolongan atau tunjuk ajar dari mereka2 yang sudah berpengalaman . Akhirnya tutup operasi Butik Vendor itu , pengalaman menjadi pengajaran .
Jatuh ...banguan dan bangkit semula ....
Dari pengalaman itu pak maon merangkak untuk bina balik atau kembali ke landasan yang betul . Pelbagai barangan cuba di niagakan tetapi semuanya agak susah untuk di jual . Sehinnga rasekan teruskan kerja makan gaji , tak usah pikirkan apa lagi senang . Tetapi jiwa untuk berniaga ni dah ada dalam diri ini , pengalaman berniaga tu seronok dari makan gaji .Berehat la selama 1/2 tahun tanpa ada sebarang product mahunpun idea untuk berniaga .Dari cerita di atas semuanya di buat partime dan tak pernah tinggalkan kerja hakiki (makan gaji ).
Meneruskan BIG WHY......
Sehingga la satu hari terlintas di FB kawan , sebelum ni memang dah pernah nampak dia buat posting pasal bantal hotel DAG ni , tergerak juga nak tanye , tapi tiada tindakan . Jadi berbincang dengan opismate ( opis dlm kereta dan rumah ) merangkap orang rumah pak maon , nak mulakan balik momentum meniaga ni . Die pon ok je faham dan dah biasa hehe , kejap je tu ..hihi ..tapi kalini yakinkan die barang ni pelik dan banyak membantu orang ramai dan sangat2 di perlukan oleh semua orang tak kira jantina , janji die ada kepala . Ha barang apa tu orang mam bertanye ...bantal hotel DAG , selepas pembentangan dan penjelasan secara detail , dia pon support dari segi semangat .
So bermula la kisah , PM sahabat pakmaon tu untuk bertanyakan product bantal tu , pada mula nya. risau juga jika tak berjaya menjual bantal ni , yela pengalaman mengajar erti kehidupan . Jadi ber wassap la tanye pasal product , jadi dropship dulu ler , isau tak dapat sambutan ..hehehe itulah ayat yang keluar masa tu , so berjaya juga terjual 20 biji pertama dalam masa satu minggu dengan hanya promosi melalui wassap pada kenalan , seterusnya upgrade jadi agent denga jualan 30 biji dalam masa 3 hari dengan hanya kumpul order dalam group whatapp taman perumahan . Amacam senang tak jual product ni?? ha kan ..sangat membantu orang untuk tidur yang lenakan ... Berjaya menjual bantal 300 biji dalam masa 3 bulan .
Senangkan bila sesuatu perniagaan kita buat ada mentor dan ilmu , semua di curahkan dengan baik oleh ML Nurain iaitu rakan semasa sekolah teknik pertanian chenor . Dari situ la bermula kisah menjual bantal sampai la sekarang , dan alhamdulilah banyak perkara yang dapat di capai dari hasil penjualan bantal ini , sehingga la sekarang bergelar Master Leader dengan hasil jualan bersama Team sebanyak 3000 biji dalam tempoh 6 bulan . Dan sekarang alhamdulilah berjaya membantu lebih ramai orang / reseller menjana pendapatan dalam Team Makh / geng pakmaon . Pesan boss Tuan Das jika kita ingin berjaya kita bantu orang lain berjaya insyallah kita akan berjaya . The more you give , the more you get back . Keramat kan kata2 ni , dari situ kita belajar sesuatu dan bukan syok sendiri tanpa ilmu dan guru . Dan gelaran Pak Maon Saudagar Bantal di beri oleh Aizudin @aizu islam ( akrabnya kami macm family dalam DAG)
Team DAGKL gathering - Bowling
Team DAGKL Gala Dinner DAG